Terdapat perlbagai faktor atau punca terjadinya pergaulan bebas yang semakin meningkat dan dalam keadaan berbahaya. Antaranya ialah :
Dunia
cinta remaja .
Di zaman moden ini,
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat
sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan
sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin
berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya
perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala
sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.
Kurang
perhatian daripada ibu bapa terhadap anak.
Apabila sesebuah
keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak mereka, maka bermulalah
di saat itu seorang anak mencari perhatian dengan bergaul bersama-sama kawan
yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka. Maka apabila seseorang remaja perempuan merasakan rakan lelaki lebih memahami
hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka di situlah bermulanya pergaulan secara
bebas di antara remaja perempuan dan
lelaki tanpa memikirkan soal batasan dalam pergaulan mereka.
Kurangnya
didikan agama.
Ibu bapa tidak mengambil berat
untuk mengajar ilmu agama kepada anak mereka. Walaupun remaja tersebut di
hantar ke sekolah agama dan diajar tentang agama, tetapi penekanan yang kurang daripada
ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal membabitkan pergaulan bersama
jantina yang berlainan.
Pengaruh
rakan sebaya .
·
Pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca
masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Rakan yang mendengar dan sanggup
berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab
mereka.
·
Rakan sebaya yang negatif akan memastikan
disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.
Pengaruh
media massa.
kemunculan media massa
turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonoh yang mereka
saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar.
Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah
mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan
kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
Pihak
sekolah.
Kegagalan pihak
sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang
mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah
disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini
menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin
tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang
turut kekurangan guru disiplin ini menyebabkan pelajar semakin berani melakukan
kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin
turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Tahap
iman yang lemah.
Kebanyakan remaja
yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu
dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada
menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya
yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah tidak takut dan gentar akan hari
pembalasan di akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak dapat membezakan kebaikan
dan keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan.
JOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com
Slot Machine - Casino, Slots, Table Games & More - Mapyro
ReplyDeleteFind Slot Machine 여주 출장샵 locations, hours, directions, and 바카라 사이트 casinopan information 1xbet korean for Slot Machine - Casino, Slots, Table Games & More 성남 출장샵 in 포항 출장안마 Michigan.