Thursday, April 10, 2014

Definisi remaja




Remaja menurut Kamus Pelajar Edisi kedua ialah muda~mula dewasa; sudah akil baligh; sudah cukup umur untuk berkahwin: masa~masa muda. Remaja merupakan zaman peralihan kanak-kanak dalam meningkat dewasa.Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masadi antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluhtahun yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkatumur 15-20 tahun sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16-18 tahun. Tetapi pada masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman modendan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikanrumahtangga.

Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin, remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlakudi zaman remaja ini. G. Stanley menamakan zaman remaja sebagai zaman storm dan stress.Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.

Menurut Kathleen dan Joseph (1989), masa remaja adalah satu tempoh penangguhan psikososial, satu tempoh peralihan yang panjang di antara peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa, yang mungkin ataupun tidak mungkin disambut oleh individu tersebutsebagai satu peluang untuk meneroka ke alam diri sendiri. Dengan kata lain, remaja bermaksud satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat bebas, iaituzaman dewasa. Zaman inilah para remaja sentiasa dicabar oleh peraturan-peraturan agama,sosial dan pembangunan. Seandainya mereka gagal mengawasi tugas-tugas perkembanganyang dilalui tersebut, maka mereka akan menghadapi masalah dan tekanan. Pepatah inggerisada menyatakan bahawa zaman remaja adalah seperti kehidupan kupu-kupu di waktu malamyang sentiasa mencari tempat yang ada sinaran cahaya. Jadi, pada masa kini remaja akansentiasa keluar dari rumah untuk mendapatkan hiburan dan keseronokan terutama di tempat-tempat yang menjadi tarikan orang ramai tanpa mengira waktu siang ataupun malam.

Ketibaan baligh (puberty) biasanya dikaitkan dengan permulaan peringkat remaja. Baligh bermaksud kematangan sistem pembiakan, sosial dan fizikal. Pada peringkat ini remaja akanmengalami perubahan dari segi struktur tubuh badan, kecergasan, tanggapan, minat, nilai dan pegangan agama. Biasanya remaja yang normal dan berfikiran waras mula mengurangkan pergantungan kepada keluarga bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran tertentu. Mereka tidak terikat atau mengharapkan ibu bapa lagi dalam memandu arah kehidupan yang dituju.Remaja yang berumur 15 tahun ke atas biasanya sudah pandai mengawal diri sendiri danmenggunakan masa lapang untuk melakukan perka-perkara yang berfaedah.

No comments:

Post a Comment