Friday, April 11, 2014

Peranan Guru .



Guru juga memainkan peranan penting dalam menangani kes pergaulan bebas remaja yang kian meningkat ini. Guru sewajibnya mempunyai akhlak atau sahsiah yang baik dan terbaik. Hal ini kerana , guru merupakan role model dan menjadi ikutan para murid. Kebanyakkan masa pelajar itu dihabiskan di sekolah . Oleh yang demikian, guru hendaklah mempamerkan kepada pelajar-pelajar akhlak dan tingkah laku yang baik. Guru bukan setakat mengajar tetapi mendidik pelajar menjadi seorang yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

Selain itu, guru hendaklah sentiasa memberi perhatian terhadap semua pelajar terutama yang mempunyai masalah disiplin, pelajar yang lemah mahupun pelajar yang gemar bersendirian. Guru tidak seharusnya memfokuskan kepada pelajar yang bijak sahaja. Hal ini untuk memastikan pelajar tidak berasa tersisih dan membuktikan seorang guru itu tidak memiliki sifat "pilih kasih". Guru seharusnya mendengar masalah pelajar. Meskipun tidak mampu untuk membantu menyelesaikan masalah pelajar tersebut , mendengar masalah juga mampu menenangkan hati seorang pelajar itu. Malah, hal ini akan membuatkan pelajar itu mampu berkongsi masalah dan selesa untuk meluahkannya.

Guru juga perlulah memahami keadaan pelajar dengan pergi ke rumah pelajar. Guru haruslah selalu berinteraksi dengan ibu bapa pelajar supaya lebih memahami keadaan dan emosi pelajar tersebut. Hal ini boleh mengelakkan pelajar dari bergaul dengan pelajar-pelajar yang tidak bermoral dan lebih rapat dengan guru serta ibu bapa mereka sendiri.

Guru juga boleh menggalakkan pelajar-pelajar menyertai aktiviti yang berfaedah. Hal ini boleh mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara yang sia-sia dan tidak bermoral. Guru juga seharusnya selalu menerapkan nilai-nilai murni atau unsur pengajaran dalam proses P&P supaya pelajar menyedari tentang sesuatu yang baik.

Cara Menangani



1. Saluran Pendidikan Seks
·         Pendidikan seks di sekolah
·         Pendidkan seks yang komprehensif
·         Layanan yang wajar kepada pelajar-pelajar
·         Pendidikan seks yang berteraskan agama dan moral

·         Pendidikan seks yang bukan menggalakkan seks bebas

2. Paradigma Minda
·         Sikap terbuka ibu bapa
·         Memberikan lebih banyak maklumat
·         Dedahkan pelajar kepada realiti kehidupan
·         Sikap terbuka masyarakat Malaysia dalam isu-isu seks

3. Agama dan Keluarga
·         Melalui pendidikan agama
·         Hubungan rapat dalam keluarga
·         Kembali kepada nilai-nilai keluarga dan agama
·         Aktifkan peranan badan-badan agama seperti Islam, Kristian, Buddha dan Hindu
·         Pengajian agama pada peringkat  awal umur penting dalam memperkukuhkan fikiran kanak-kanak

4. Khidmat Nasihat dan Pemulihan
·         Adakan projek dan aktiviti yang berkaitan
·         Khidmat kaunseling dan konsultansi yang efektif
·         Tubuhkan pusat khidmat nasihat yang mudah dihubungi
·         Adakan kumpulan sokongan untuk mereka yang mempunyai masalah
·         Program pemulihan sosial untuk mereka yang telah terlibat dalam masalah seksual

5. Sumber Maklumat dan Kempen
·         Melalui pengiklanan
·         Sediakan lebih banyak sumber-sumber maklumat yang mudah diperolehi
·         Kempen di media massa melalui program yang member informasi mengenai sikap yang betul terhadap seks

6. Bantuan Agensi Sokongan
·         Memperbanyakkan aktiviti rekreasi
·         Jemput golongan professional berceramah di sekolah
·         Nasihat dan maklumat daripada pusat-pusat perubatan

7. Undang-undang dan Penguatkuasaan
·         Pengharaman alkohol, pelacuran dan perjudian
·         Menghalang kemasukan terlalu banyak unsur-unsur negatif Barat ke Malaysia

Kes-Kes Pergaulan Bebas










Thursday, April 10, 2014

Kesan-Kesan Pergaulan Bebas



  • Pembuangan bayiRemaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya
  • Perceraian dan keruntuhan rumahtanggaKebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia.
  • Tersebarnya penyakit-penyakit yang  membawa maut .Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
  • KES PELACURAN .
    Mengikut surat khabar JURNAL, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pulau Penang dikatakan mencari wang sampingan turut menjadi "ibu ayam" di sebuah pusat hiburan. Kajian turut mendapati kes pelacuran remaja yang berusia 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus ke dalam pengaulan seks bebas. Selain itu, sesetengah golongan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing mempunyai masalah psikologi. Oleh itu, mereka memilih untuk menjadi pelacur supaya menarik tumpuan ibu bapa mereka.
  • Keruntuhan akhlak .Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali.Para remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat rempit',gangster dan sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka akan memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.Malah, tidak kurang juga ada anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa sendiri untuk keperluan yang tidak berfaedah.Dalam konteks yang sama,ubun-ubun remaja yang masih lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang runtuh akhlak sehingga mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan sesuatu.
  • Peningkatan kes pengguguran .
    Perlakuan seks bebas semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan,jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Pengguguran juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah dan hilang keyakinan diri. Individu tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah. 
  • Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin .Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu.
  •  Kemerosotan Pelajaran .Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.

1. INDIVIDU
-Menjatuhkan maruah diri dan keluarga.
-dibenci oleh masyarakat.
-mudah mendapat penyakit(HIV dan AIDS).

2.MASYARAKAT
-Masyarakat akan memandang serong.
-masyarakat tidak akan mempedulikan seseorang itu jika dia ditimpa masalah.
-masyarakat tidak akan bergaul dengan seseorang tersebut.

3.NEGARA
-Negara akan dipandang hina oleh negara lain.
-masalah sosial akan semakin bertambah dalam negara.
-ekonomi negara semakin merosot.




Faktor pergaulan bebas


Terdapat perlbagai faktor atau punca terjadinya pergaulan bebas yang semakin meningkat dan dalam keadaan berbahaya. Antaranya ialah :

 Dunia cinta remaja .
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.

Kurang perhatian daripada ibu bapa terhadap anak.
Apabila sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak mereka, maka bermulalah di saat itu seorang anak mencari perhatian dengan bergaul bersama-sama kawan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka.  Maka apabila seseorang remaja perempuan merasakan rakan lelaki lebih memahami hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka di situlah bermulanya pergaulan secara bebas di antara remaja perempuan  dan lelaki tanpa memikirkan soal batasan dalam pergaulan mereka.

Kurangnya didikan agama.
Ibu bapa tidak mengambil berat untuk mengajar ilmu agama kepada anak mereka. Walaupun remaja tersebut di hantar ke sekolah agama dan diajar tentang agama, tetapi penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal membabitkan pergaulan bersama jantina yang berlainan.

Pengaruh rakan sebaya .
·         Pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
·         Rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Pengaruh media massa.
kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik.  Kelakuan yang tida senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Pihak sekolah.
Kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebabkan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Tahap iman yang lemah.
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan. 

Definisi Pergaulan Bebas


Pergaulan mengikut kamus pelajar edisi kedua ialah hal bercampur atau bergaul dengan orang lain; percampuran: Umumnya, wanita pandai mencari persesuaian dalam sehari-hari. Manakala bebas menurut kamus pelajar edisi kedua pula ialah tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu.

Pergaulan bebas (ikhtilat) menurut hukum islam ialah merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.

Pergaulan bebas meliputi pelbagai perkara bukan sahaja antara lelaki dan perempuan yang akhirnya terjerumus dengan salah laku seks ataupun zina. Malah , pergaulan bebas remaja juga terjerumus kepada kes buli , dadah , gejala vandalisme , dan lain-lain lagi.

Antara ciri-ciri pergaulan bebas ialah :

  • Terjerat dalam pesta hura-hura ganja, putau, ekstasi, dan pil-pil setan lain. 
  • Kesukaran yang dialami timbul akibat konflik kerana keinginan untuk menjadi dewasa dan berdiri sendiri dan keinginan akan perasaan bebas sebagai seorang anak dalam keluarganya.
  • Menimbulkan perlakuan munafik dalam masyarakat
  • Rasa ingin tahu yang tinggi.
  • Mudah mengalami kegelisahan, tidak sabar, emosional, selalu ingin melawan, rasa malas, perubahan dalam keinginan, ingin menunjukkan eksistensi dan kebanggaan diri serta selalu ingin mencuba dalam banyak hal.
  • Mempunyai perasaan ingin tahu , mencuba dan merasa.
  • Berusaha mendapatkan harta dan wang dengan menghalalkan segala cara termasuk dari jalan yang haram dan keji.
  • Banyak mengalami tekanan mental dan emosi
  • Melakukan pembaziran wang untuk memenuhi keinginan seks
  • Terlalu bebas antara lelaki dan perempuan seperti berkeinginan berpasangan pada usia yang sangat muda.

Definisi remaja




Remaja menurut Kamus Pelajar Edisi kedua ialah muda~mula dewasa; sudah akil baligh; sudah cukup umur untuk berkahwin: masa~masa muda. Remaja merupakan zaman peralihan kanak-kanak dalam meningkat dewasa.Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masadi antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluhtahun yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkatumur 15-20 tahun sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16-18 tahun. Tetapi pada masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman modendan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikanrumahtangga.

Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin, remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlakudi zaman remaja ini. G. Stanley menamakan zaman remaja sebagai zaman storm dan stress.Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.

Menurut Kathleen dan Joseph (1989), masa remaja adalah satu tempoh penangguhan psikososial, satu tempoh peralihan yang panjang di antara peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa, yang mungkin ataupun tidak mungkin disambut oleh individu tersebutsebagai satu peluang untuk meneroka ke alam diri sendiri. Dengan kata lain, remaja bermaksud satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat bebas, iaituzaman dewasa. Zaman inilah para remaja sentiasa dicabar oleh peraturan-peraturan agama,sosial dan pembangunan. Seandainya mereka gagal mengawasi tugas-tugas perkembanganyang dilalui tersebut, maka mereka akan menghadapi masalah dan tekanan. Pepatah inggerisada menyatakan bahawa zaman remaja adalah seperti kehidupan kupu-kupu di waktu malamyang sentiasa mencari tempat yang ada sinaran cahaya. Jadi, pada masa kini remaja akansentiasa keluar dari rumah untuk mendapatkan hiburan dan keseronokan terutama di tempat-tempat yang menjadi tarikan orang ramai tanpa mengira waktu siang ataupun malam.

Ketibaan baligh (puberty) biasanya dikaitkan dengan permulaan peringkat remaja. Baligh bermaksud kematangan sistem pembiakan, sosial dan fizikal. Pada peringkat ini remaja akanmengalami perubahan dari segi struktur tubuh badan, kecergasan, tanggapan, minat, nilai dan pegangan agama. Biasanya remaja yang normal dan berfikiran waras mula mengurangkan pergantungan kepada keluarga bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran tertentu. Mereka tidak terikat atau mengharapkan ibu bapa lagi dalam memandu arah kehidupan yang dituju.Remaja yang berumur 15 tahun ke atas biasanya sudah pandai mengawal diri sendiri danmenggunakan masa lapang untuk melakukan perka-perkara yang berfaedah.