Friday, April 11, 2014

Peranan Guru .



Guru juga memainkan peranan penting dalam menangani kes pergaulan bebas remaja yang kian meningkat ini. Guru sewajibnya mempunyai akhlak atau sahsiah yang baik dan terbaik. Hal ini kerana , guru merupakan role model dan menjadi ikutan para murid. Kebanyakkan masa pelajar itu dihabiskan di sekolah . Oleh yang demikian, guru hendaklah mempamerkan kepada pelajar-pelajar akhlak dan tingkah laku yang baik. Guru bukan setakat mengajar tetapi mendidik pelajar menjadi seorang yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

Selain itu, guru hendaklah sentiasa memberi perhatian terhadap semua pelajar terutama yang mempunyai masalah disiplin, pelajar yang lemah mahupun pelajar yang gemar bersendirian. Guru tidak seharusnya memfokuskan kepada pelajar yang bijak sahaja. Hal ini untuk memastikan pelajar tidak berasa tersisih dan membuktikan seorang guru itu tidak memiliki sifat "pilih kasih". Guru seharusnya mendengar masalah pelajar. Meskipun tidak mampu untuk membantu menyelesaikan masalah pelajar tersebut , mendengar masalah juga mampu menenangkan hati seorang pelajar itu. Malah, hal ini akan membuatkan pelajar itu mampu berkongsi masalah dan selesa untuk meluahkannya.

Guru juga perlulah memahami keadaan pelajar dengan pergi ke rumah pelajar. Guru haruslah selalu berinteraksi dengan ibu bapa pelajar supaya lebih memahami keadaan dan emosi pelajar tersebut. Hal ini boleh mengelakkan pelajar dari bergaul dengan pelajar-pelajar yang tidak bermoral dan lebih rapat dengan guru serta ibu bapa mereka sendiri.

Guru juga boleh menggalakkan pelajar-pelajar menyertai aktiviti yang berfaedah. Hal ini boleh mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara yang sia-sia dan tidak bermoral. Guru juga seharusnya selalu menerapkan nilai-nilai murni atau unsur pengajaran dalam proses P&P supaya pelajar menyedari tentang sesuatu yang baik.